Jumaat, 17 Julai 2009

nak pekenai sapa la shifa nie...

Hippie 1Asal usul tun teja(nama glamer masa sekolah)

Salam untuk semua..semoga sihat sejahtera hendaknya..nie nak cerita sikit asai usul nie..cek nie org kedah...mai merantau kat negeri org...la nie dok kat perak...cek nie baru belajar nak masuk blogspot nie........mai la...kita kawan2...tambah kenalan....sapa2 yang minat pasai duit...boleh kawan ngan cek....kawan saja...kawen tak boleh..pasai cek dah kawen....Smile.nie sebelum kenai....baca la sikit.......kat bawah nie..

Tun Teja Ratna Benggala atau Tun Teja, merupakan anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang ketika pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur Syah, Sultan Pahang ketiga, sezaman dengan Sultan Mahmud Syah, Sultan Melaka ke 8. (Tapi aku Nashifah anak kepada khali Abd Alim....anak sulung dalam 4 org adik beradik...yang semuanya perempuan..dilahirkan di Yan,kedah....dah pulak sekarang nie menetap di Ipoh...abis dah keja kat perak..)

Tun Teja dikatakan menjadi sebutan orang-orang yang berdagang di Pahang, namun begitu telah pun ditunangkan dengan Sultan Pahang.(Aku lak...kalau orang sebut nama kat JUPEM tu....tahulah depa....apapun sekarang nie..aku dah bersuami...dah ade anak 2..kawin ngan org satu negeri..senang balik kampung....time raya la senang tak yah bergaduh,masam muka....nak berebut balik rumah mana...he..he...)

Sultan Mahmud Syah yang ketika itu telah pun kematian isterinya yang pertama, telah menghantar utusan peminangan ke Pahang namun ditolak oleh Bendahara Seri Amar Diraja berikutan pertunangan Tun Teja dengan Sultan Pahang.(Ehmm...kalau laki aku nak kawin lagi nie....kena pikiaq panjang nie....nak payung emas ka...atau labu sayung....)

Tun Teja disebut dalam dua hikayat Melayu lama, iaitu Hikayat Hang Tuah yang menyatakan Hang Tuahlah yang memujuk Tun Teja lari tetapi dalam Sejarah Melayu ia dikatakan Hang Nadim.(tapi aku...tak lerrr sampai nak lari dari rumah..start dari merisik,meminang,menikah,kenduri kendara semuanya...secara betoi...)

Tersebut pula kisah Hang Nadim yang merupakan Laksamana Melaka yang telah diutuskan ke India untuk membeli 40 gulung kain.(suami aku nie keja polis...mana ada masa nak berniaga...)

namun malangnya kapal beliau telah karam dipukul ribut. Bimbang akan kemurkaan Sultan Mahmud, Hang Nadim telah pergi ke Pahang untuk bertemu dengan Tun Teja. Sesampainya Hang Nadim ke Pahang, beliau telah membuat perhubungan dengan orang-orang istana hinggakan tiada orang curiga lagi akan niatnya. Tun Teja di pujuk rayu dan Hang Nadim menceritakan tentang kebaikan rupa paras Sultan Mahmud dan kegagahan kerajaan Melaka. Tun Teja termakan pujuk dan bersetuju untuk mengikut Hang Nadim pulang ke Melaka.
Hang Nadim merancang akan rancangan untuk melarikan Tun Teja ke Melaka dan perjalanannya memakan masa selama 40 hari.(bab nie...aku tak la sampai kena kawin paksa...abis kalau dah kenai hati budi...semua ok....kira ok la bagi aku....)

Sesampainya Hang Nadim ke Melaka, beliau telah meniarap dilantai balai istana denagn tangan seakan terikat kebelakang. Melalui kata-kata kiasan, tahulah baginda bahawa Hang Nadim telah berjaya memujuk Tun Teja ke Pahang dan akan dipersembahkan kepada baginda. Tun Teja dikahwini baginda dan dikurniakan seorang puteri, Tengku Amra Dewi.(setelah kenai hati budi semuanya...aku kawin ..beli sebijik.. rumah kat ulu kinta...sebijik jaa...mana ada duit nak beli umah 2,3 bijik.ingat jutawan ke apa....ehhh...bijik ka...buah...lantak la....janji bahasa melayu masa peksa spm dulu credit .....sekarang dah ada anak 2 orang nama ilyas hafiz dan ilyas Qayyim..)

Tun Teja telah jatuh gering yang berat dan mangkat sewaktu Portugis mula menyerang Melaka yang pada ketika itu Sultan Mahmud Syah dan orang-orang kerajaan Melaka berundur ke Muar, pada tahun 1511. Tun Teja telah dimakamkan di Merlimau, sekitar 24 km daripada bandar Melaka.(la nie...semua sihat walafiat....mudah-mudahan dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki)...amin

haaaa....alkisahnyaaa.... korang baca kenapa la agaknya kaitannya tun teja ngan hidup aku nie...sebenarnya nama nie...kira nama tagline aku masa form 6 dulu zaman dulu2 tu........belajaq kelas sastera...jadi...tetiba ja..dah jadi sebati ngan jiwa aku....he..he...kawan2 aku lak masa belajaq dulu pun ada juga guna nama tag depa..pada kengkawan aku yang masih berhubung...call,sms tu....tq....(ex pra u smy)....love u very much....pisang,zu,k-on,filla,aisyah,sab...dan ramai lagi....kalau nak sebut satu kelas nie kang...jenuh lak nie..walau apa pun.....u all tetap kawan2..dan teman2 yang aku selalu rindui....

Valentine heart stoneAdioss with LOVE to aLL.Bouncing Hearts


2 ulasan:

  1. mmg menarik la hang pekenai diri..tapi aku tak reti la nak karang ayat mcm tu..dulu tak masuk kelas sastera..

    BalasPadam